Wednesday, February 11, 2015

Promo Promo Promo !!!

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)


!! JOM BUAT T-SHIRT PRINTING MURAH-MURAH !!

!! TERBAIKK PUNYEE HARGA !!










- MINIMUM 01 - 29 PCS - RM14.00 PER PCS
- MINIMUM 30 - 49 PCS - RM9.50 PER PCS
- MINIMUM 50 - 199 PCS - RM8.80 PER PCS
- MINIMUM 200 - 499 PCS - RM8.50 PER PCS
- MINIMUM 500 - 999 PCS - RM8.00 PER PCS
- MINIMUM 1000 KEATAS - RM7.50 PER PCS

• T-shirt Roundneck Cotton 160gsm
• Cetakan 1 Warna
• 1 Side / 1 Spot (Saiz A4)
• Mampu menyiapkan tempahan sepantas 3 HARI!**
• Penghantaran ke seluruh Malaysia mampu diuruskan dengan caj yang RENDAH !!!

====================================================

Harga tidak termasuk :
> design (melainkan design FREE kami dan design daripada anda
sendiri)
> packaging baju sehelai-helai (RM0.50 sehelai)
> penghantaran (bergantung pada kuantiti )
Boleh terus ke studio kami !!!

AMIRULBEN ENTERPRISE ( 002339705-V ) 
BENCIKA UNDERGROUND CLOTHING
43A-1-15,Sentul Perdana,Jalan 3/48A 
Bandar Baru Sentul 51000 KUALA LUMPUR 

WHATAPPS - 017 9916991

INSTAGRAM - bencika_clothing

WEECHAT ID - amirul ben

EMAIL - amirulbenenterprise@gmail.com 


** p/s :
JOM TEMPAH !! TIADA CAS TERSEMBUNYI

Thursday, January 8, 2015

#short note

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Memaafkan itu lebih baik daripada menyimpannya,
kelak sakit itu membuah kan dendam.
Bila dendam itu lahir,
saat itu hadirnya si dia penghasut bernama syaitan untuk mengheret kita melunaskan dendam.




Sudah lah masa itu.
Biar kan ia rapuh dan pergi berlalu.
Biar kan ia hanyut dan pergi dengan lenyap.




Manusia itu,
kejadiannya ada sebabnya.
Sebagaimana Adam dan Hawa diturunkan ke bumi oleh Maha Pencipta.




Manusia itu,
Kalau bukan kerana kesilapan, mana mungkin hadirnya insaf.
Kalau bukan kerana kelalaian, mana mungkin sedarnya dari lena yang fana.




Jauh diri bukan erti menyepi,
Jauh diri bukan erti angkuh,
Jauh diri bukan erti takut,
Aku ingin mendekatiNya yang sudah lama menunggu aku.
Sebaik-baik tempat Dia lah untuk aku tuju.





Monday, January 5, 2015

Bila abang ku kahwin

sincerely, Mira Amirudin 2 smiley
Assalamualaikum


This is a throwback, and which is happen last year. Oh I meant last month. hehe
The date was 13th of December 2015. Alhamdulillah dengan just a one akad, my the only one abang was finally being a husband. yeay! you're so cool bro. Bukan senang kan lelaki nak buat sekali lafaz. Betul tak orang lelaki?hehe But seriously, I really have no idea about it, but so far what i've heard peoples said the most critical nervous of man life is during the akad. During the akad, almost all of my family was there. Tok kadi yang nikahkan abang sangat lah sporting. At first, he was quite garangggg Biasa lah nama pun tok kadi kan kan.


*__________________________________________________________*


' kamu nak nikah ni tahu tak apa rukun nikah? ' tok kadi tanya.

' saya tahu tok.' abang jawab relax je. then tok kadi tu tanya lagi

' kamu tahu tak apa lafaz nikah? Dah practise sebelum datang sini?'

' saya tahu. Banyak kali dah practise. Tengok kat youtube.' hahaha satu surau gelak bila abang mentin camtu.abang2...


*__________________________________________________________*


 Abang, me and my daddy!

*__________________________________________________________*


 During the nikah

*__________________________________________________________*


 My kakak ipar!

*__________________________________________________________*


Kenduri with Rina and mama

*__________________________________________________________*


Then, tok kadi pun terus bacakan khutbah nikah. Which is the khutbah was very deep. Bila abang lafaz nikah, I felt sayu plus happy for him. But cover cun lah. Tak kan nak nangis lebih-lebih kan.poyoss sangat.hehe 
So abang, adik proud of you and semoga berkekalan till Jannah with my sweet new sister in law :) Alhamdulillah, praise to Allah for all the kindness and love to our family.

Thank you for lend me your eyes to read this! :)


Saturday, January 3, 2015

Hari Keputeraan Baginda yang dirindui

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum,

Hai si cantik dan si kacak yang membaca :) 
First and foremost, salam maulidur rasul untuk semua umat Baginda. 
12 Rabiulawal, hari keputeraan Baginda. 
Jangan lupa, and please jangan pernah lupa k! 
Simpan dalam hati, semat dalam hati tau.

*__________________________________________________________*



*__________________________________________________________*


Teringat pada kata-kata ulamak yang bernama Habib Ali Zaenal Abidin ( salah seorang alim ulamak yang paling saya adore sangat-sangat) Beliau menceritakan di dalam majlis taklimnya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu.
 Beliau menceritakan sikap Baginda Nabi Muhammad s.a.w, baginda sangat menjaga tutur katanya. Baginda bersama sahabat-sahabatnya bila mana mereka berceritakan tentang hal akhirat.
 Begitu juga, Baginda bersama sahabat-sahabatnya bila mana mereka berceritakan tentang hal dunia. Tetapi hal keduniaan yang 'HARUS' hukumnya. Jika terdapat unsur-unsur haram, 
Baginda menurut perintah Allah untuk beredar. Selebihnya Baginda lebih banyak berdiam jika tiada perkara yang perlu diperkatakan olehnya.  Wahh nampak tak yang Nabi kita sangat menjaga tutur kata nya. Hanya berkata bila perlu. Perlu kita muhasabah diri especially kita yang perempuan ni, sejak azali sinonim dengan mulut yang banyak berkata. Ingatttt lagi banyak mulut kita buka, lagi banyak perkara yang tidak sepatutnya keluar akan keluar juga dari mulut kita. That's why Allah kurniakan kita  Nabi Muhammad yang membawa rahmat sebagai contoh tauladan yang terbaik untuk kita. Secara logiknya memang betul. Kadang-kadang bila kita bersembang, confirm akan berlarutan dari satu topik masuk topik ni, lepastu masuk topik tu pulak, pastu dan sampai ke bila stop bila ada hal-hal terganggu.hurmm 
Sedar tak sedar ade la selit selit gosip la dan benda-benda yang tak sengaja.
Astaghfirullah.. istighfar dan ambil pengajaran.


*__________________________________________________________*


Selain daripada tu, dalam majlis taklim Habib Ali Zaenal Abidin, beliau pernah menceritakan berkenaan cara Nabi menegur sahabatnya. Nasihat itu sampai dan tanpa membuka aib orang itu.Subhanallah. Kisahnya berkenaan pada suatu hari Baginda bersama-sama sahabatnya ingin menunaikan solat berjemaah (sorry i'm forgot either it is Zuhur's solat or Asar) Kemudian terdapat seorang sahabatnya yang hadir ke mussollah dengan bau bawang putih. Bauan itu agak tidak menyenang kan. Lalu Baginda bersabda, sesiapa yang ada yang memakan bawang putih, hilangkan bauan itu sebelum ke mussolah. Sahabat itu pun beredar yang menghilang bauan itu kemudian hadir semula untuk solat berjemaah. Sungguh kemas teguran Baginda itu sehingga sahabatnya boleh terima dan ikut. Kalau kita la agaknya camna lah kan. Siapa pulak yang makan bawag utih ni oi kuatnye bauuuu. Eh kau ke yang makan bawang putih ni, bau semacam je,.. nampak tak perbezaannya?
Boleh nak tegur orang, tapi biar kena pada caranya sehingga tidak terbuka aibnya orang itu. And not forget that, makanan yang berbau seperti yang saya mention tadi bawang putih ke, petai ke, jering ke, adalah makruh bila kita makan pastu nak ke masjid.ha..sebab untuk elakkan ketidak selesaan pada jemaah lain.Lepas dari solat kalau hang nak melantak sepuluh tangkai petai pun tak dak hal lah. :)


*__________________________________________________________*



Saja nak berkongsi pada semua di antara sifat mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jadikan Baginda sebagai role model kite. Tiada yang lebih superb dari Baginda tau. Dah nama pun kekasih Allah kan. Rindunya pada Baginda..sallalahualaihiwasallam.



Okay selamat menduduki exam bagi korang yang masih study including me, yeay finally year beb! hee InsyaAllah may Allah ease our journey in whatever field we're in.
Thank you for reading my bloggie!

Assalamualaikum

Thursday, August 21, 2014

M Y A

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Kadang-kadang kita terpaksa akur dengan takdir yang Allah berikan. 
Sebab itu wujudnya rukun iman kelima iaitu 'Beriman kepada Qada dan Qadar'

Sesungguhnya, 
saya sendiri tak sangka suratan ini.
Tak pernah sekali pun terlintas, tak pernah sekali pun terdetik,
tak pernah sekali pun tergamak untuk semua ini.

Sakit. Jujur sangat sakit untuk lalu semua ini.
Terasa sepi itu, terasa kehilangan itu.
Saya manusia biasa yang tidak sempurna.
Semoga Allah kuatkan hati kita untuk terima semua ini.
Semoga Allah melindungi mu.

Maaf :'(

Friday, June 27, 2014

My second intern

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)


exam dah habis..yeay! Alhamdulillah kali ni punya exam, rasa macam boleh tak kalau nak grad sekarang je??
ha..seriously sakit kepala.But apa-apa pun tawakl. Sebab I guess itu the best that I can give, yup honestly dari deep of my heart k. Okay full stop pasal exam.

*______________________________________________________*


 Lepas exam, cuma ade a few days umtk siap-siap ke intern. Since dah kata second year student kan, so wajib lah nak mengadap internship for the second time :)
First of all, sukur alhamdulillah for being here. Sebab sebenarnya masa nak apply sini dulu datang interview ngan Teresa my love beasties. Tapi tak ade rezeki kami berdua kat sini. Tak sangka just me was being selected. Berat hati mula-mula nak accept sebab kalau boleh nak dua-dua sekali kat sini :(
Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik for both of us.Semoga dapat hidup berdikari sangat-sangat kan.. kalau tak kat yu es em memang kami berkepit je.hehe So here I am :)

*_________________________________________________________*






Doakan untuk saya, and all the best to all my friends out there for your internship! Before I end my writing, selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga sama-sama kita dapat beribadat dengan lebih banyak tahun ni.InsyaAllah sama-sama dapat istiqamah.Aameen. :)

Okay daa

Wednesday, May 7, 2014

Hiking trip yeay!

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
hai hai!

malam ni honestly my body temp is quite high.harap sangat-sangat i wont get flu. aameenn
so tonight i really need a time where i can do some kind of stuff that makes me calm.
one of it is writing on my bloggie :) haha
do those thing thats make you really you are.

*__________________________________________________________*

okay people, last month we went for a hiking trip at Gunung Baling in Kedah. 
Oh man, it's really exhausted!
From Penang ke Baling it takes about 1 hour and half. We went there by a bus. Gerak awal pagi, so naik bas qada tidur puas-puas. Konon-konon boleh save energy nak hiking jap lagi.hee
So kalau korang nakk tau ketinggian gunung tu lebih kurang 800 meter dari aras laut.
Itu kata guiders yang lead kami masa hiking tu. Kakak & abang guiders sangat sporting. So bila naik tu ramai yang pancit sebenarnya. Bila mintak dorang slow down dorang pun okay.
So kami yang lembik-lembik ni tak ada la tertinggal belakang sangat kan kan. :P
Perjalanan dari kaki gunung sampai kat puncak lebih kurang dua jam lebih. Masa sampai kat atas tu, seriously subhanallah. Cantik gile view! 
Hilang penat jap masa kat puncak tu.Apa lagi lemme selfie lah beramai-ramai :)

*__________________________________________________________*

So kaki-kaki hiking, kalau nak test spot hiking kat utara,
i recommend you come to Gunung Baling. 
Difficult track, but berbaloi lah bila dah tengok view terbaek punya bila kat atas puncak tu. 
Sekali sekala mai tempat tempat orang kan, so fun jugak buat extreme activities ni.Okay guys, you should come and try k!

Thanks for reading :)


 *__________________________________________________________*



*__________________________________________________________*


*__________________________________________________________*

Friday, January 10, 2014

Untitled

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Wahai Hawa,

Jika malu itu telah Allah katakan sebahagian daripada imanmu.
Tapi kenapa Hawa kau menafikan hak Allah itu.
Benar memberitahu menyampaikan sesuatu yang sangat realistik itu perlu demi pengetahuan.
Tapi percayalah usah kau tundukkan imanmu demi sesuatu yang belum terjamin.

Jika itu ketentuanNya,
mengertilah Allah sedang menguji keimanan mu pada Qada dan Qadar nya.
Usah ditangisi,
usah diratapi.
Bangun wahai Hawa,bangun.
Allah masih ada untuk kamu.
Sesungguhnya Allah tidak mengubahnya jika kami sendiri tidak mahu mengubahnya.
Yakin padaNya.
Teguhlah berdiri.
 
Allah itu lebih rindu 
tangisan seorang pendosa,
daripada tasbih seorang wali.
Subhanallah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Friday, November 22, 2013

My bro E-day

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)


Hai korang! Penang nowadays, asyik hujan. So little bit cold here. Dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa...cehhh
Luckily tak ada simptom-simptom nak demam.Fuhhh
Please jangan demam please pleaseeeee sebab exam hujung bulan Disember ni beb!
Doakan kita semua boleh buat yang terbaik,aameennn.


Hari ni terasa nak menaip, tapi bukan panjang lebar sebab saya ini insan pemalas.hahaha
membebel boleh,menaip malas sikit la sikit je.hehe
So back to the story, awal bulan Nov hari tu abang Mirul bertunang.Alhamdulillah :)
meh kita kasi laluan kat abang sulong bina masjid
pastu kita menyusul langkah pulak kan kan.haha berangan kau miraaaaa


Majlis pertunangan abang buat kat Melaka.
Which is rumah nenek bakal kak ipar saya :)
Seems it was at Melaka,so kami stay kat homestay la.Sebab keluarga kami sangat besar. Senang cerita semua adik beradik mama join except ucu je tak dapat datang.
Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar.
Kami sampai je kat rumah tu,hujan renyai-renyai.
Hujan rahmat,ikatan pertunangan terjalin Alhamdulillah. I'm happy for you abang.
May Allah ease everything till the wedding and forever ever everrrrr !


a-------------------------------------------------------------------------------------a

Beautiful Kak Nur Achika and Mama

a-------------------------------------------------------------------------------------a

The ladies of my family! From left,Diyana,Ibu Ani,Cik Uyah,Cik Zura and me

a-------------------------------------------------------------------------------------a

Againnnn tangkap gambar lagi.hehe

a-------------------------------------------------------------------------------------a


Pelamin yang simple and nice. Me like the Heart!

a-------------------------------------------------------------------------------------a


Me and abang's fiancee :)

a-------------------------------------------------------------------------------------a

Semua hantaran kami buat sendiri. Untuk bertunang kan,simple-simple je. Dapat jimat kos jugak kan kan.
All ideas from my mama. Mama suka buat kerja-kerja ni. Ini memang favourite dia. Kalau berminat, boleh bagitahu ye! :) jom review hantaran jap!


a-------------------------------------------------------------------------------------a

Comel tak bunga sirih ni? :)

a-------------------------------------------------------------------------------------a

Fruitssss :)

a-------------------------------------------------------------------------------------a


Ceri merah memang mengancam.. Chocolate Cake! :)

a-------------------------------------------------------------------------------------a


Hantaran ni kena sorok dari budak-budak,chocolate and sweets.

a-------------------------------------------------------------------------------------a


Okay yang ni kalau krang tengok sebenarnya a bird's cage.
Hias sikit2 then cincin tunang letak dalam box kat dalam cage ni :)

a-------------------------------------------------------------------------------------a



Thanks for reading people,mira~
Salam :)

Thursday, October 31, 2013

Night picnic

sincerely, Mira Amirudin 1 smiley
Assalamualaikum (^^,)


Last time kami keluar sama-sama untuk dinner. Then masa nak on the way back to our campus,suddenly pop out idea about under the Penang's bridge.

Penang's bridge?
oh ya..jambatan yang selalu aku nampak setiap pagi bila nak p class.
Jambatan paling sesak everrrrr when it comes to an evening day.fuhhh

then tiba-tiba teringat pula..
at the first time masa first year dulu, i did said that,


a-------------------------------------------------------------------------------------a


"bawah jambatan Penang?awat semua cakap best la,syok la..ada apa kat bawah tu?kedai makan ke?"


a-------------------------------------------------------------------------------------a


All of friends kept laugh over me. sumpah aku malu =___= tak pa tak pa.
Tapi memang ada kedai makan pun,cuma jauh sikit dari jambatan.kedai ikan bakar beb!
hey guys seriously aku assume bridge kat sini suppose like mana-mana jambatan kat kl kan.
Kalau kl banyak lah pula penghuni kat bawah jambatan.Jangan tanya siapa yang menghuni kat situ.
So kalau dah ada kat Penang, at least once kita pun pi lah area Penang bridge.
Tak menghampa kan,kami ala-ala berpicnic pulak dah ngan take away mcd lah ice cream la..haha malam-malam pun jadi.
so ini lah hasilnya,tadaaaaa...












Lepas ni kalau orang tanya lagi,aku boleh la jawab dengan confidentnyaaaa kan kan?hahaha
Thanks for reading,mira~

Monday, October 28, 2013

Arda's soleminazation

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum ^^,


Hai semuaaaa sihat? hopefully semua sihat k.
Today's entry is about my friend's soleminazation day! yeay! Tahniah..happy sangat-sangat tau. Yelah makin hari makin ramai pula kawan-kawan yang kahwin.Alhamdulillah rezeki dan jodoh kat tangan Allah kan. Dah rezeki dieorang kahwin awal. Bila pulak turn saya??sob3 Bagus tau perempuan kahwin awal. InsyaAllah dapat elak fitnah dan sangka buruk. No more gossip2 dah.Orang dah selamat kahwin kan. Lagi satu perempuan yang kahwin awal adalah sangat mulia. I did read somewhere, that's why saya ingat sampai la ni.Biasa lah tang kahwin ingat lah kan.hehe
So ini lah Arda.. korang buat-buat kenal lah walaupun korang tak kenal kawan saya ni.haha bajet macam semua orang kenal kawan kau miraaaaaa :P
ini gambar kami, lebih kurang dua tahun yang lalu.same class 3 tahun masa diploma dulu, then kami jugak housemate :)


 a-------------------------------------------------------------------------------------a



 a-------------------------------------------------------------------------------------a


Baru beberapa hari yang lepas, arda and hubby alhamdulillah selamat dinikahkan.
Tahniah arda... semoga berkekalan dan bahagia selama-lamnya.barakallah till Jannah.amiinnn sama-sama kita doakan ye. :)


 a-------------------------------------------------------------------------------------a




 a-------------------------------------------------------------------------------------a




 a-------------------------------------------------------------------------------------a


insyaAllah tak lama turn korang pulak kan kan. haishhh bersabarlah duhai hati,
walaupun teringin nak kahwin tapi tak habis belajar lagi kan kan.so boleh berangan2 je lah dulu.hehe
Thanks for reading people,love~

Friday, October 25, 2013

Friday's thought

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum and salam Jumaat with full of barakah. :)



a-------------------------------------------------------------------------------------a


Tadi saya turun makan.
masa tengah menjamu selera,terdengar suara-suara ini..

"junior-junior batch kali ni bagus-bagus lah.even bukan lah macam ustazah dorang dress up, tapi dorang siap pakai handsock ngan stokin.respect la."
saya pun tersenyum dengar,alhamdulillah bagus-bagus junior aku ni.tenang hati sebagai kakak senior.tapi terkejut bila kawan sorang ni menyampuk..
"ala..kelas kan sejuk dengan aircond semua.tu yang dorang sibuk nak pakai stokin.kalau tak,tak pakai la kot"
ya Allah..tersentap saya dengar.kawan, kalau awak cemburu sekali pun ngan adik-adik junior jangan sampai cakap macam tu.dorang dah tutup aurat dengan sempurna,mulianya dorang sebab dapat jaga aurat kaki dorang.tapi saya perasan nada dia berkata macam tu seolah-olah sedang bergurau.for me honestly,kalau orang tu dah terang-terang kita nampak dia buat baik kalau kita tak mahu puji sekali pun,baik tutup mulut dan diam instead of berkata something bad.
Tak apa lah semoga Allah beri petunjuk kepada nya.
saya ambil iktibar,saya berdoa semoga saya elak dari buat perkara macam tu.takut juga kadang-kadang hari ini orang buat silap kita nampak,esok lusa kita buat silap kita sendiri tak sedar.astaghfirullah harap-harap dijauhkan sama sekali.


     a-------------------------------------------------------------------------------------a


saya sejujurnya sudah istiqamah menjaga aurat kaki saya.even mula-mula macam kekok la,but alhamdulillah Allah kuatkan hati saya.korang nak tahu tak,dulu saya pernah terbaca satu artikel pasal kempen kat mana ntah saya terlupa lokasinya.dorang buat kempen jaga aurat kaki.then dalam kempen tu,dorang bagi kat semua perempuan muslim kat situ stokin percuma..
subhanallah...
respect betul saya kat dorang.benda tu nampak simple tapi sebenarnya bila depa bagi kat orang,terpulang lah kat orang tu nak pakai ke tidak.tapi harapan mereka sangat tinggi supaya saudara muslimah kita bersama-sama dapat praktikkan menutup kaki kita seterusnya istiqamah untuk jaga aurat.
honestly saya dulu fikir pakai tudung,tangan lengan panjang ok dah cukup lah tu.
bila duduk balik fikir pasal aurat yang sempurna,kenapa aku susah sangat nak tutup kaki aku sedangkan kaki aku juga aurat aku? Alhamdulillah sejak dari tu saya dah tekad sehingga kini kalau saya tak pakai stokin saya rasa sangat tak selesa dan malu sangat-sangat.terima kasih ya Allah kerana kurniakan perasaan itu padaku..
maafkan saya andai saya tersalah kata.this is just from my view,i just share whatever i've experienced before.tiada niat untuk riak jauh sekali untuk berbangga diri.banyak lagi perlu saya belajar untuk jadi hambaNya yang baik insyaAllah.


                  a-------------------------------------------------------------------------------------a

Lot's of love,mira.

Sunday, September 29, 2013

istilah cinta itu buta

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Dilayan kau seperti sampah,
tapi masih kau anggap diri kertas berguna
dan mampu buat dia ketawa
Ditikam hati kau bertubi-tubi,
masih kau mahu buat dia senyum
Disepak kata cinta dan perasaan kau ke tepi dinding
Masih dia kau sanjung-sanjung

Apa kau buta?
 
source : sugar2kapas

Friday, August 30, 2013

The wedding.

sincerely, Mira Amirudin 2 smiley
Assalamualaikum :)


Hey friends.. wow its been a long  time tak tulis blog ni.haha dont ask me why. Setiap kali update mesti bagi the same reason, sangat-sangat BUSYYYYYY ceh, bajet reeetis kau ni mira. :) haha


During this sem break. Almost three month I spend my time with my family. Haaaa amek kau nak sangat cuti kan. Tiga bulan duduk rumah. Tak bosan pun sebenarnya, happy sangat-sangat. I have a very big family right. So bila sesekali dapat cuti lama camni dengan tak kerja nya, dapatlah spend time ngan mama, baba, umi,ayah, siblings, plus auntie, uncle and cousins. What a lovelyyyy
Sekejap ke sana, sekejap ke sini.huhu banyak rumah lah katakan... :)



Unforgetable moment, this sem break was also my bff’s wedding. Subhanallah, macam tak percaya finally she’s married :) Congrats to Dheeya Fathana Binti Hamedon and her hubby, Asrul Amirul .  I’m veryyyy happy for you sayang!!  Semoga berkekalan till Jannah ye. Asrul if u read this, please take care of my darling ye.  Majlis Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Ramai yang datang. Sedara mara depa pun ramai. I really can feel the happiness.  Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka. Amiinnn. So once again, tahniah sayang! Love u more! 





a-------------------------------------------------------------------------------------a




Happily ever after :) Deqna and Asrul.



a-------------------------------------------------------------------------------------a




Doa session.




a-------------------------------------------------------------------------------------a




The twins, Deqna and Nana :)



a-------------------------------------------------------------------------------------a




Us :)



a-------------------------------------------------------------------------------------a

Saturday, May 25, 2013

Solehah

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley


Wanita Solehah itu adalah,

Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,

Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,

Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah,

Yang sholatnya adalah bekal dirinya,

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,



Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah.





-copy and sharing-

Wednesday, May 22, 2013

Mahar terbaik yang tiada tandingannya

sincerely, Mira Amirudin 1 smiley

______________________________________________________





______________________________________________________







Jadikan ia sahabat mu. 
Jadikan ia panduan mu. 
Jadikan ia penenang hati mu. 
Jadikan ia sumber ilmu mu. 
Ia memang untuk kita. 
Ia hadiah terbaik untuk kita daripada Nya. 
Sebagai wanita, ia mahar terbaik di hari pernikahan mu. 
InsyaAllah untuk saya juga.





wassalam :)

Tuesday, May 21, 2013

You found me

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Just for a moment. I love this song.
You found me by the Fray.




I found God
On the corner of First and Amistad
Where the west
Was all but won
All alone
Smoking his last cigarette
I said, "Where you been?"
He said, "Ask anything".



Where were you
When everything was falling apart?
All my days
Were spent by the telephone
That never rang
And all I needed was a call
That never came
To the corner of First and Amistad



Lost and insecure
You found me, you found me
Lyin' on the floor
Surrounded, surrounded
Why'd you have to wait?
Where were you? Where were you?
Just a little late
You found me, you found me



In the end
Everyone ends up alone
Losing her
The only one who's ever known
Who I am
Who I'm not, who I wanna be
No way to know
How long she will be next to me



Lost and insecure
You found me, you found me
Lyin' on the floor
Surrounded, surrounded
Why'd you have to wait?
Where were you? Where were you?
Just a little late
You found me, you found me



Early morning
The city breaks
I've been callin'
For years and years and years and years
And you never left me no messages
Ya never send me no letters
You got some kinda nerve
Taking all I want



Lost and insecure
You found me, you found me
Lyin' on the floor
Where were you? Where were you?
Lost and insecure
You found me, you found me
Lyin' on the floor
Surrounded, surrounded
Why'd you have to wait?
Where were you? Where were you?
Just a little late
You found me, you found me
Why'd you have to wait?
To find me, to find me




The music is nothing without a good lyrics I guess :)

Monday, May 20, 2013

Dream of it

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)



Ujian dalam kehidupan.
Kita tak mampu nak jangka kan?
Bila masa kita dapat ujian itu, kenapa kita yang dapat ujian itu, dan sebagainya lah.
Ujian itu bukan spesifikasinya pada mata kasar sahaja.
Kadang-kadang ujian itu boleh jadi ujian buat hati. Oh ya..hati.
Hati manusia ni diibaratkan peneraju diri kita. Kalau rosak hati ini, maka gelap lah kehidupan.



Tapi yang pasti aku percaya setiap qada dan qadar nya.
Allah mungkin usik hati kita untuk lihat siapa sebenarnya kita.
setia kah? curang kah? dan lain-lain lagi. Bila kita pernah suka orang itu,orang itu hilang.
Tiba-tiba lepas ntah berkurun ntah tiba-tiba muncul balik.
Funny is it? That time, Allah je yang tahu siapa lebih layak untuk hati ini.
Oh sudah...sudah. Mengarut jap.hehehe



hey, haven't you heard about Nile River?
ala...the river where the location of "ayat-ayat cinta'' movie shooting.
damn nice babe! Kenapa lah jauh sangat kan kan. Kat Cairo, Egypt pula tu.
Maybe boleh start berjimat cermat untuk pergi ke sana I guess :) hehe
Besar betul angan-angan. Tapi seriously lah nak pergi sangat-sangat.
Mungkin masa honeymoon ke?bla bla blaaaa :)
Sesungguhnya tak nampak bayang lagi nak kahwin oi.
On my reading, what did I knew about Nile River, it is the longest river on earth.



----------------------------------------------------

Then people said :


 "....Egypt can never be Egypt, without the river of Nile....." 

----------------------------------------------------




Ohmaiiii sweetnya! kan kan? Then kat sini juga lah di mana Nabi Musa kita dihayutkan oleh ibu nya lalu dijumpai oleh isteri Firaun iaitu Asiah. Kemudian Asiah mengambil Nabi Musa. :)

So bertuah lah sesiapa yang study dekat area Egypt sebab ada chance nak gi tengok Sungai Nil kan.. Jealous2!


----------------------------------------------------




----------------------------------------------------



----------------------------------------------------



One day,InsyaAllah :)


Thanks for reading.
wassalam.



Sunday, May 12, 2013

Happy mother's day:)

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)


Selamat Hari Ibu untuk ibu seduniaaaaa :)
But especially for my beloved mama,umi, dan ibu.
See how lucky am I. I have three mum okay?do not get jealous k?hee
these people is the precious gift from Allah for me.
Alhamdulillah until at this age of 22 years old,
they still be by my side.
They saw me grown up,
they still be there for me even though they need to share me among them.heee
I'm proud for having them in my life. Tak semua orang macam saya kan.


So once again..

 I LOVE YOU SO MUCH 

till the last breath of my life!




Friday, April 26, 2013

Exam

sincerely, Mira Amirudin 0 smiley
Assalamualaikum :)


Jeng jeng jengggggggggggg

























Ya Allah..


Akhirnya tarikh ini datang  lagi.
Rasa sekejap je semester ini berlalu.
Pejam celik pejam celik dah nak exam.
Even this semester cuma 3 paper.
Tapi... tiga paper ini pun bukan senang.sob3 kena struggle habis semester ini.
Because the 7 credit hours is based on our studio project.
Which is tak tahu macam mana result project.Sob3
Sangat menakutkan.
Semoga semester kali ini lebih baik daripada sebelumnya.Amiinnnn
Selamat berjuang and all the best to all of you who's going to take the exam soon.
Study hard people!! Same goes to me.hehe
InsyaAllah kita semua boleh :)



Doakan saya berjaya ye kawan-kawan :)


Jom study.


 

✿M I R A thegirlnextdoor✿ Hak cipta terpelihara © 2011 Paper Girl ini Direka oleh MIRAAMIRUDIN.BLOGSPOT.COM Blogger Template Ditaja oleh Birthday Gift Idea