Jika malu itu telah Allah katakan sebahagian daripada imanmu.
Tapi kenapa Hawa kau menafikan hak Allah itu.
Benar memberitahu menyampaikan sesuatu yang sangat realistik itu perlu demi pengetahuan.
Tapi percayalah usah kau tundukkan imanmu demi sesuatu yang belum terjamin.
Jika itu ketentuanNya,
mengertilah Allah sedang menguji keimanan mu pada Qada dan Qadar nya.
Usah ditangisi,
usah diratapi.
Bangun wahai Hawa,bangun.
Allah masih ada untuk kamu.
Sesungguhnya Allah tidak mengubahnya jika kami sendiri tidak mahu mengubahnya.
Yakin padaNya.
Teguhlah berdiri.
Allah itu lebih rindu
tangisan seorang pendosa,
daripada tasbih seorang wali.
Subhanallah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
0 smiley on "Untitled"
Post a Comment